1.5 Masyarakat Majmuk dan Dasar Inggeris
1.5.1 POLITIK
- Pada tahun 1874, imigrasi Inggeris ada berbentuk bebas iaitu dasar yang mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.
- Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing melalui
- Kangani
- Kontrak
- Bebas
- Pada tahun 1930-an, Inggeris menghantar pulang imigran ke negara asal.
- Jabatan Perlindungan orang asing ditubuhkan bagi melindungi para buruh daripada ditindas dan dianiaya oleh majikan.
- Sepanjang tempoh kemelesetan ekonomi dari tahun 1927-1932 telah membuktikan bahawa orang asing (imigran) enggan pulang ke negara masing-masing menyebabkan kewujudan masyarakat majmuk di negara kita hasil daripada imigran buruh.
1.5.2 EKONOMI
- Sistem ekonomi semasa pemerintahan Inggeris adalah secara komersial, kapitalis dan bebas.
- Perubahan sistem berlaku iaitu sistem tradisional (sara diri) kepada sistem komersial.
- Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri dan berdasarkan buruh serta prasarana moden baru.
1.5.3 SOSIAL
- Menjurus kepada Dasar Pendidikan pemerintahan Inggeris.
- Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh British di Tanah Melayu adalah berorientasikan kepentingan perkauman.
- Mendirikan sekolah-sekolah vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa penghantar.
- Masyarakat Melayu hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan aktiviti sara diri sahaja dan tidak diberikan peluang untuk mendapatkan kemahiran lain dan ilmu akedemik.
Ulasan
Catat Ulasan