1.4 Sejarah Kemasukan Kaum India

  • Pedagang India menggelar Tanah Melayu sebagai Survarnabumi atau Tanah Emas. Hampir semua orang India yang berhijrah masuk adalah dari India Selatan, Wilayah Madras (Tamil naidu) dan di India Utara dari Punjab.


1.4.1  FAKTOR KEMASUKAN KAUM INDIA


  • Faktor Penolak 
a) Keadaan sosioekonomi India
- Bencana alam berterusan mengakibatkan kebuluran.
- Pertambahan penduduk menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk.



  • Faktor Penarik
a) Perkembangan perusahaan getah.
- Keperluan tenaga buruh yang tinggi.



b) Galakan Kerajaan British
- Kerajaan British menggalakan buruh India menyertai perkhidmatan awan seperti di Jabatan Kereta Api dan sebagainya.
-Koordinasi antara Kerajaan British di negara India dan di Tanah Melayu.


1.4.2  CARA KEMASUKAN KAUM INDIA

  • Sistem Buruh Kontrak
- Diperkenalkan sejak 1820
- Pemilik ladang memesan buruh melalui ejen di India.
- Tambang dibiayai oleh majikan.
- Tiba di Tanah Melayu, buruh diserahkan dengan satu kontrak selama 5 tahun.
- Dihapuskan pada tahun 1910.


  • Sistem Kangani
- Diperkenalkan pada tahun 1898.
- Majikan akan hantar mandur/kangani ke India.
- Kos dibiayai oleh kangani.
- 1907, Tabung imigrasi diwujudkan untuk biayai kos pengambilan buruh India.
- 1938, Kangani dimansuhkan akibat kemelesetan ekonomi.

1.4.3  SUKU KAUM INDIA DI TANAH MELAYU

  • Orang Tamil
- Berasal dari Tamil Naidu.
- Bekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

  • Orang Malayali
- Berasal dari Malabar/Malabari.
- Bekerja di ladang estet dan perkhidmatan profesional.

  • Orang Telugu
- Berasal dari wilayah Andra Pradesh.
- Mewakili 5% jumlah penduduk India di Tanah Melayu.

  • Orang India Utara
- Berasal dari Punjab dari kaum Sikh, Banggali, Sindi, Gujerati, Parsia dan Mawaris.

                             

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

1.3 Sejarah Kemasukan Kaum Cina

1.5 Masyarakat Majmuk dan Dasar Inggeris